Friday, March 13, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H

Assalamualaikum w.b.t..
Salam ukhwah fillah abadan abada buat tetamu ziarah yang budiman..

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan berkat limpah hidayah dan inayahNya, pelbagai agenda yang direncana bersempena sambutan Maulidur Rasul 1430H telah berjaya dilaksanakan secara lancar.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan buat semua terutamanya ahli-ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus-lumus berusaha merealisasikan majlis sambutan dan perarakan yang kita sertai pada 9 Mac 2009.

Di samping itu, saya menghulurkan setinggi-tinggi penghargaan buat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) , IPGM Kampus Sarawak, Miri sesi 08/09,sahabat-sahabat seperjuangan, para pensyarah dan staf sokongan kerana telah memberikan kerjasama penuh dalam setiap program dan tugas terutama sekali dalam urusan menyiapkan sepanduk perarakan.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih terhadap tenaga penceramah, ahli-ahli panel dan moderator serta rakan guru pelatih kerana tanpa kalian sesungguhnya setiap program yang direncana tidak memberi apa-apa makna.

Allah SWT berfirman,"Dan bertolong-tolonglah kamu dalam jalan kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam jalan kejahatan.....(Surah al-Maidah:2)

Berdasarkan ayat tersebut, marilah kita menyahut saranan Allah dan RasulNya agar kita saling membantu dan bekerjasama di antara satu sama lain terutamanya adalam urusan agama.

Wassalam...

No comments: