Wednesday, December 31, 2008

Mencari Cinta Hakiki

Mencari Cinta Hakiki
Cinta hakiki adalah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana bersatu dalam hati bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.
Kereta dicipta dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitu jugalah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta kini banyak meruntuhan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.
Hukum cinta perlu dipatuhi agar matlamat penciptaannya tercapai. Cintailah sesiapun asalkan cintaitu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya utuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak cinta kita kepada Allah melebihi kehendak cinta kita kepada yang lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan kepribadian yang mulia. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah, namun bahasa tubuh sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta.
Kebiasaannya cinta yang suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan, itu ertinya cinta nafsu.
Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya dibina atas dasar cinta kepada Allah, jelaslah dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berbeza dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah?Bergantung sepenuhnya kepada Allah adalah sebaik-baiknya pilihan. Tidak ada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambanya yang bersabar.
-petikan dari artikel Remaja & Cinta, Kelab Remaja JIM Johor

Belief In One God

Invitation to Understanding Islam

Belief in One God

Belief in One God is the core of Islam.

Mere acceptance that God exists does not make one a Believer.

A Believer accepts God in the way God describes Himself.

The only correct description of God is found in The Noble Quran which contains the exact Words of God.

In The Noble Quran, God uses the personal name of Allah.

The Arabic name “Allah” is gender-free and has no plural.

“There is no other God to be worshipped except Allah” is the most important part of the Muslim’s belief in One God.

Allah is the One and only, independent of all things, has no child or parents and nothing is comparable to Him.

Allah has no partners or associates.

Worshipping Prophets, saints and gods created by men is completely against the concept of belief in One God Who alone deserves all worship.

Allah The Almighty gives the sternest warning in The Noble Quran to those who set up associates with Him.

This is the only sin He will not forgive and Hell is the only place for these persons in the Hereafter.

The Almighty cannot be grasped by the human senses.

Those who depict God as human, semi-human or animal in statues and drawings are committing a major sin.

Belief in One God is belief in The Unseen Creator.

Unlike created things which have a beginning and an end, God existed before the beginning and will remain after the end.

Belief in One God is the belief that God is eternal.

God can create anything out of nothing. For a thing

Erti SeJaRaH

Betapa pentingnya menghayati sejarah
Orang cerdik pandai selalu berkata, sejarah adalah guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah adalah kebijaksanaan silam yang boleh dimanfaatkan untuk menongkah masa depan. Andaian yang mengatakan sejarah tidak relevan dengan masa kini dan akan dating adalah disebabkan persepsi sempit terhadap sejarah. Andaian ini tercetus apabila sejarah difahami sebagai himpunan tarikh-tarikh dan peristiwa-peristiwa luput yang terpisah dengan reality sosio-budaya dan politik semasa.
Kerana tidak memahami sejarah juga misalnya, ada sesetengah pihak menafikan banyak perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kewujudan Perlembagaan Persekutuan itu satu sejarah besar Negara ini. Malah kerana tidak menghayati sejarah juga membuatkan sesetengah pihak menanggapi sesuatu isu yang melibatkan kaum terkeluar daripada kerangka sejarahnya. Mereka tidak melihat sejarah sebagai asas untuk memberi dan menerima dalam sesuatu perkara. Maka asas perpaduan di Negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah memahami, menghayati dan memanfaatkan sejarah.
Dalam konteks ini langkah Kementerian Pelajaran menimbang untuk menjadikan sejarah sebagai satu subjek khusus adalah suatu yang proaktif. Pengumuman menterinya, Datuk Seri Hishammuddin untuk memberikan penekanan subjek sejarah di peringkat sekolah rendah dilihat satu anjakan besar untuk melahirkan generasi yang tahu menghormati dan menghayati sejarah Negara.
Ketika ini subjek sejarah agak terpinggir disebabkan tidak menjadi subjek khusus. Malah di peringkat sekolah rendah, sejarah hanya diperkenalkan pada tahun empat. Sementara di peringkat menengah pula pendekatan pembelajaran sejarah kelihatan tidak dinamik, masih dengan pendekatan menghafal tarikh-tarikh dan peristiwa tertentu kecuali di peringkat tingkatan enam.
Banyak tanggapan sebelum ini bahawa subjek sejarah gagal menarik minat pelajar berbanding subjek lain. Tanggapan ini barangkali ada benarnya kalau pendekatan tidak diubah supaya lebih interaktif dan mengesan wujudnya elemen-elemen dinamik daripada sejarah. Sekarang ini seorang pelajar boleh memilih sama ada belajar bersungguh-sungguh atau sambil lewa terhadap subjek sejarah. Ini kerana subjek ini tidak memberikan apa-apa kesan terhadap keputusan dalam peperiksaan khususnya di peringkat menengah.
Kita harus mengakui bahawa sejarah sesebuah Negara adalah akar tunjang sesuatu bangsa. Kerana itu subjek sejarah sememangnya kunci perpaduan dan persefahaman antara kaum di Negara ini. Tetapi agak malang apabila tidak ada pihak yang bangkit dan membetulkan pendekatan pengajaran sejarah supaya tidak dianggap sebagai “melihat kembali benda-benda mati”.
Dengan anjakan besar yang dibayangkan oleh Dato’Hishammuddin, banyak sejarah kegemilangan silam serta peninggalan khazanah intelektual orang-orang Melayu akan ditampilkan kepada generasi muda masa kini. Pengajaran subjek sejarah mesti bermula di peringkat awal yakni di sekolah rendah. Semua ini bertujuan mengubah persepsi bahawa sejarah bukan belajar tentang “benda-benda mati” atau menghafal tarikh-tarikh yang tidak relevan dengan keperluan semasa.
Mempelajari subjek sejarah adalah menyelongkar atau menyelusuri lapis demi lapis kebijaksanaan silam. Kegagalan mengenal sejarah yang berkaitan dengan Negara sendiri akan melunturkan kecintaan kepada tanah air. Definisi subjek sejarah bukan sahaja mengingati beberapa tarikh penting, peristiwa tertentu malah tokoh-tokoh yang bertanggungjawab melakukan anjakan pemikiran kepada bangsanya pada zaman lampau.
Sejarah mengenai orang Melayu dan dunia Melayu bukanlah sekadar kebangkitan dan kejatuhan empayar Srivijaya, Majapahit, Sumatera-Pasai, Melaka atau Johor-Riau. Sejarah Melayu juga mengenai sumbangan para intelektual silam yang terus relevan hingga kini.
Maka persepsi tentang pembelajaran dan pengajaran subjek sejarah boleh diatasi sekiranya kita kembali menoleh sumbangan intelektual tokoh-tokoh seperti Munshi Abdullah yang menulis Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah pada zaman Stamford Raffles. Jangan lupa, Munshi Abdullah pernah dianggap oleh sesetengah orang Melayu sebagai “Budak Raffles” kerana mengkritik sikap sesetengah orang Melayu. Munshi Abdullah dianggap pengkhianat Melayu kerana kritikannya yang tajam itu.
Tetapi sejarah juga membuktikan Munshi Abdullah bukan pengkhianat apabila intelektual Melayu selepasnya daripada kalangan nasionalis menulis perkara yang sama mengenai masalah orang Melayu.
Dalam konteks yang lebih luas, subjek sejarah perlu bebas daripada kepungan politik yang sempit. Ini merugikan kerana disebabkan berbeza fahaman politik, sesetengah tokoh dalam sejarah bangsa dipadamkan dari senarai khususnya setiap kali ulang tahun kemerdekaan Negara.
Kementerian Pelajaran mesti mempertahankan langkah menjadikan sejarah sebagai subjek khusus di peringkat rendah dan menengah. Kita tidak mahu ada kalangan generasi muda yang lebih kenal sejarah Negara lain daripada tanah air bertuah tempat mereka berteduh ini. Golongan bukan Melayu khususnya mesti diperjelaskan bahawa mengkaji sejarah Negara ini tidak boleh dipisahkan daripada melibatkan sejarah orang Melayu. Sejarah Negara adalah sejarah Melayu yang bersifat kebangsaan yakni meliputi semua kaum. Ini sama dengan perjuangan kemerdekaan yang digerakkan oleh nasionalis Melayu tetapi ini perjuangan kebangsaan untuk semua kaum. Sejarah Negara ini tidak boleh dipisahkan daripada tiga perkara iaitu orang Melayu, institusi Raja-raja Melayu dan agama Islam.
Kalau kembali kepada sejarah, sudah tentu tidak wujud prasangka antara kaum di Negara ini kerana sejarah telah menggariskan hak masing-masing tanpa berkorban apa-apa atau mengambil apa-apa daripada orang lain. Apabila mereka tahu sejarah asal usul masing-masing, tidak timbul lagi sekian banyak tuntutan yang tidak masuk akal.