Friday, March 13, 2009

Kembara AMAL ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei


13-15 Februari 2009: Alhamdulillah atas dasar persaudaraan dan rasa cinta sesama insan Yayasan Amal Malaysia Unit Miri (AMAL Miri) dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) dengan kerjasama Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH) Cawangan Sarikei dan HIKMAH Cawangan Sibu telah melakukan Ziarah Dakwah AMAL ke perkampungan Saudara Kita (lebih sinonim di Malaysia dengan gelaran Saudara Baru) di Rh Bandok, Ulu Kota, Pakan, Sarikei. Seramai 26 Sukarelawan AMAL dan HIKMAH telah turut serta di dalam kembara dakwah yang benar-benar mencabar akan tetapi insya Allah memberi kesan di hati.


Sebelum itu Yayasan AMAL Malaysia Miri dan Bintulu Iqra’ Center telah menggerakkan inisiatif mengumpul sumbangan dalam bentuk wang tunai, pakaian dan makanan di kawasan masing-masing untuk saudara-saudara kita di Ulu Kota.

Alhamdulillah dalam keterbatasan waktu , pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk manfaat bersama. Antaranya

1. Sesi Ramah Mesra dan Pengenalan Program
2. Menyediakan Makan Tengahari - Muslimat
3. Ziarah Dakwah ke Rumah Panjang Rh Bandok - Muslimin
4. Mandi Sungai dan Solat Jama’ Zuhur dan ‘Asar
5. Makan Malam (Makan Tengahari dijama’ sekali)
6. Solat Jama’ Maghrib dan Isya’
7. Kuliah Maghrib oleh Ustaz Mohd Amir Ridhwan
8. Sesi Ta’aruf (Berkenalan) dan Ice Breaking
9. Majlis PengIslaman Saudara Mukhtar bin Abdullah
10. Minum Malam dan Bual Ukhuwwah
11. Penyampaian Bantuan dan Sumbangan
12. Himpun Daya
13. Qiammullail dan Solat Subuh
14. Kuliah Subuh oleh Ustaz Mohd Amir Ridhwan
15. Bacaan Zikir Al-Ma’thurat
16. Dakwah Fardhiyyah/ Sesi Hati ke Hati
17. Minum Pagi dan Sarapan
18. Sesi Wida’ (Majlis Perpisahan) dan Do’a.




"....Hendaklah kamu tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras dalam hukuman-Nya" ( surah al-Maidah : Ayat 2)


Ummah... keprihatinanmu di tagih! Manifestasikan kepedulian.. saudara-saudara kita di Ulu Kota amat memerlukan rumah yang lebih sesuai dan Surau selain keperluan membina paip air (beserta pam) dari satu kawasan tinggi berdekatan. Namun kos untuk melaksanakannya agak besar dan sulit bagi mereka.

Justeru, sumbangan berupa bahan binaan / wang ringgit daripada sahabat-sahabat, saudara-saudara sekalian adalah diperlukan untuk membantu mereka ini. Bantulah insan-insan yang hati mereka telah terbujuk menerima Islam untuk terus istiqamah dalam keimanan. Ummah Kita Tanggungjawab Kita! sumbangan kewangan bolehlah di salurkan di akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 11022010032002 atas nama Yayasan Amal Malaysia Caw Sarawak Unit Miri.

No comments: