Friday, March 13, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H

Assalamualaikum w.b.t..
Salam ukhwah fillah abadan abada buat tetamu ziarah yang budiman..

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan berkat limpah hidayah dan inayahNya, pelbagai agenda yang direncana bersempena sambutan Maulidur Rasul 1430H telah berjaya dilaksanakan secara lancar.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan buat semua terutamanya ahli-ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus-lumus berusaha merealisasikan majlis sambutan dan perarakan yang kita sertai pada 9 Mac 2009.

Di samping itu, saya menghulurkan setinggi-tinggi penghargaan buat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) , IPGM Kampus Sarawak, Miri sesi 08/09,sahabat-sahabat seperjuangan, para pensyarah dan staf sokongan kerana telah memberikan kerjasama penuh dalam setiap program dan tugas terutama sekali dalam urusan menyiapkan sepanduk perarakan.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih terhadap tenaga penceramah, ahli-ahli panel dan moderator serta rakan guru pelatih kerana tanpa kalian sesungguhnya setiap program yang direncana tidak memberi apa-apa makna.

Allah SWT berfirman,"Dan bertolong-tolonglah kamu dalam jalan kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam jalan kejahatan.....(Surah al-Maidah:2)

Berdasarkan ayat tersebut, marilah kita menyahut saranan Allah dan RasulNya agar kita saling membantu dan bekerjasama di antara satu sama lain terutamanya adalam urusan agama.

Wassalam...

Kembara AMAL ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei


13-15 Februari 2009: Alhamdulillah atas dasar persaudaraan dan rasa cinta sesama insan Yayasan Amal Malaysia Unit Miri (AMAL Miri) dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) dengan kerjasama Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH) Cawangan Sarikei dan HIKMAH Cawangan Sibu telah melakukan Ziarah Dakwah AMAL ke perkampungan Saudara Kita (lebih sinonim di Malaysia dengan gelaran Saudara Baru) di Rh Bandok, Ulu Kota, Pakan, Sarikei. Seramai 26 Sukarelawan AMAL dan HIKMAH telah turut serta di dalam kembara dakwah yang benar-benar mencabar akan tetapi insya Allah memberi kesan di hati.


Sebelum itu Yayasan AMAL Malaysia Miri dan Bintulu Iqra’ Center telah menggerakkan inisiatif mengumpul sumbangan dalam bentuk wang tunai, pakaian dan makanan di kawasan masing-masing untuk saudara-saudara kita di Ulu Kota.

Alhamdulillah dalam keterbatasan waktu , pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk manfaat bersama. Antaranya

1. Sesi Ramah Mesra dan Pengenalan Program
2. Menyediakan Makan Tengahari - Muslimat
3. Ziarah Dakwah ke Rumah Panjang Rh Bandok - Muslimin
4. Mandi Sungai dan Solat Jama’ Zuhur dan ‘Asar
5. Makan Malam (Makan Tengahari dijama’ sekali)
6. Solat Jama’ Maghrib dan Isya’
7. Kuliah Maghrib oleh Ustaz Mohd Amir Ridhwan
8. Sesi Ta’aruf (Berkenalan) dan Ice Breaking
9. Majlis PengIslaman Saudara Mukhtar bin Abdullah
10. Minum Malam dan Bual Ukhuwwah
11. Penyampaian Bantuan dan Sumbangan
12. Himpun Daya
13. Qiammullail dan Solat Subuh
14. Kuliah Subuh oleh Ustaz Mohd Amir Ridhwan
15. Bacaan Zikir Al-Ma’thurat
16. Dakwah Fardhiyyah/ Sesi Hati ke Hati
17. Minum Pagi dan Sarapan
18. Sesi Wida’ (Majlis Perpisahan) dan Do’a.




"....Hendaklah kamu tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras dalam hukuman-Nya" ( surah al-Maidah : Ayat 2)


Ummah... keprihatinanmu di tagih! Manifestasikan kepedulian.. saudara-saudara kita di Ulu Kota amat memerlukan rumah yang lebih sesuai dan Surau selain keperluan membina paip air (beserta pam) dari satu kawasan tinggi berdekatan. Namun kos untuk melaksanakannya agak besar dan sulit bagi mereka.

Justeru, sumbangan berupa bahan binaan / wang ringgit daripada sahabat-sahabat, saudara-saudara sekalian adalah diperlukan untuk membantu mereka ini. Bantulah insan-insan yang hati mereka telah terbujuk menerima Islam untuk terus istiqamah dalam keimanan. Ummah Kita Tanggungjawab Kita! sumbangan kewangan bolehlah di salurkan di akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 11022010032002 atas nama Yayasan Amal Malaysia Caw Sarawak Unit Miri.

Sunday, February 1, 2009

Jatuh bangun SeMangaT PerJuanGan

Masa dirasakan begitu pantas berlalu...sudah hampir 4 tahun aku mengabdikan diri menuntut ilmu di bumi kenyalang ini..

Bukan mudah untuk mencapai kedudukan dan kejayaan sebagaimana yang aku perolehi sekarang..

Setiap kejayaaan dimulakan dengan selangkah perjuangan..terpaksa menempuh liku-liku cabaran..onak duri dugaan..

Kadangkala jiwa tewas dek mehnah cabaran yang mendatang... terus jatuh hingga sukar bangun kembali menyahut seruan perjuangan...

Yang paling mencabar adalah perjuangan dakwah..amar makruf nahi munkar
ternyata bukan mudah generasi zaman sekarang tuk buat amal kebajikan
sebaliknya tak payah disuruh tuk lakukan kemaksiatan

Semua itu lumrah dalam setiap perjuangan...
Sedangkan Nabi Yunus a.s. lari dari umatnya..
sehingga dimakan ikan Nun
berada di dalam perut gelap-gelita
inikan pula aku sekadar insan daif lagi hina

Namun perjuangan tetap perlu diteruskan
kerana itu sajalah secebis sumbangan
buat agama dan Rasulku yang tercinta
moga Allah sentiasa memberi kekuatan
kecekalan hati dan jiwa
tuk menempuh pelbagai ujian
menilai darjat dan iman

moga ujian yang telah lalu
menjadi pedoman
tuk menempuh masa depan

Friday, January 23, 2009

Salamualaikum WBT...buat tetamu ziarah yang budiman...

Masih tak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 dan Salam Maal Hijrah 1430 walaupun kita sudah berada di penghujung Januari 2009...

Alhamdulillah wa syukru lillah atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan Allah kepada kita pada tahun lalu... berkat kekuatan, kesihatan, taufik dan hidayatNya..kita mampu melaksanakan co business kita selaku hamba kepadaNya dan khalifah di muka bumi ini...

Andai kita berfikir kembali... betapa beratnya beban dan tugas kita sebagai seorang khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan isi alam ini dengan sepenuh tenaga dan keringat kita..

Buat warga guru pelatih di seluruh IPG amnya dan di Inst. Perguruan Sarawak khususnya...pernahkah kita terfikir sejauh mana ilmu dan kemahiran yang kita telah pelajari selama ini sebelum kita melangkah dan memikul tanggungjawab sebagai seorang guru???

Adakah rutin kehidupan kita sekadar mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir institut atau kita sememangnya dengan penuh komitmen menjalankan tugas kita sebagai seorang penuntut secara proaktif dan bersungguh-sungguh???

Pernahkah terdetik di minda atau di benak hati kita di mana kita sering mempersoalkan tentang kelewatan kemasukan elaun kita..namun tak pernah kita menilai sejauh mana sumbangan dan pengorbanan kita bukan buat sesiapa namun untuk diri kita dan anak bangsa???

Tak terfikirkah kita kadangkala elaun yang diberi sekadar untuk memenuhi nafsu buas kita???
Sebagai orang muda ...tak dinafikan kita lebih gemar berhibur dan bersuka-ria...
elaun digunakn untuk menghabiskan masa bersama si dia..beli VCD yang tak tentu cerita.. menonton wayang .. dan sebagainya...

Justeru...renung-renungkanlah...dan perbanyakkan muhasabah...moga dengan itu kita menjadi lebih baik setiap hari daripada hari-hari yang telah lalu...