Tuesday, July 8, 2008

Lelaki VS Perempuan

"Laki² yg BAIK utk perempuan yg BAIK", benarkah begitu ?

Sekufu… apakah itu ?

Bunyi cam pelik gak kan? … tapi sbnnrya x de la pelik sgt… dan kebanyakan masyarakat ari neh dah leh faham n tahu maksud perkataan tersebut. Sekufu ni maksud dia KESAMAAN TARAF ar lebey kurang… nak maksud yg lebih tepat, rasanya leh bukak kamus marbawi or kamus dewaan, hehe. Andai kata bukan itu skalipun maksud dia, x kesah ar, sbb mmg nak dibincangkan kat sini ialah maksud KESAMAAN TARAF itu sndiri iaitu SEKUFU menurut konteks apa yg aku nk citer neh…

Bila bincang pasal “sama taraf” dan “sepadan” ni.. x lain dan x bukan, mesti org akan terbayang pasal pasangan hidup, suami isteri dan lain2… tapi sejauh mana pemahaman org terhadap istilah tu agaknya ek?

Apa yg org selalu pegang n fahami ialah >> apabila seseorang itu baik, maka dia akan mendapat pasangan juga seorang yg baik ataupun setaraf dgn dia, manakala seandainya dia tergolong dalam kategori jahat, maka akan dapat pasangan yg jahat la jugak,.. begitu la alkisahnya…

Maka ekoran dari timbulnya kefahaman sedemikian, timbul juga lah beberapa riwayat or nas yg ntah dari mana datangnya spt “at-toolibu li tholibaat “ dsb… tanpa langsung mengambil kesah taraf periwayatn itu sndiri yg mana RasuluLlah telah memberi amaran keras :

”… barang siapa yg berdusta atas namaku, maka sesungguhnya dia telah menempah tempat duduknya di dalam api neraka” (au kama qool)

X dinafikan, sememangnya ada terdapat dalil yg sah dari AQ sendiri iaitu dari surah Nur : 26

Citation:

maksudnya :

"
(Lazimnya) perempuan² yang jahat adalah utk lelaki² yg jahat, dan lelaki² yg jahat utk perempuan² yg jahat; dan (sebaliknya), perempuan² yang baik utk lelaki² yg baik, dan lelaki² yg baik utk perempuan² yg baik."



Dan kebanyakan org mengambil dalil tersebut utk memperkatakan konsep sekufu ini. Namun sepatutnya dilihat juga bagaimana ulamak mentafsirkan ayat tersebut dan sbg contoh, lihat shj tafsir pimpinan Rahman yg cukup poular di Malaysia. (sbgmana tafsiran di atas)

Ayat di atas kalau dilihat skilas pandang, org akan mentafsirkannya “…laki2 baik utk perempuan yg baik ….” dsb…tanpa dilihat kpd tafsiran sebenar para ulamak…

Ayat tersebut tak lain dan x bukan ialah merupakan suatu ANJURAN ALLAH SWT dan juga merupakan suatu pernyataan ttg “KEBIASAAN” yg berlaku…yg mana, sudah tentunya, selalulanya dan lazimnya, sudah tentu lah org yg baik itu akan mencari pasangan yg baik sbg peneman hidupnya.

Bukan shj org baik, malah kalau ditanya kpd org jahat skalipun, sudah tentunya mereka juga akan mengatakan yg mereka mahukan pasangan mereka adalah terdiri daripadamereka yg baik2… x percaya? Percayalah… sy sndiri (walaupun bukannya baik sgt) jika ditanya sudah tentu akan mengatakan yg sy mahukan seorang pasangan yg baik utk dijadikan teman hidup… x kan ada org yg mahukan org yg jahat2 utk dijadikan pasangan ? huh… betul x ?

Dan seperkara lagi… kita juga perlu melihat situasi reality semasa dgn isu yg kita sedang bincangkan ni… dalam dunia reality hari ni, x de sesiapa boleh menafikan yg wujudnya pasangan di merata2 tempat dalam dunia ini yg mana suami dan isterinya tidak sehaluan… ada yg isteri baik, tapi suami bak setan durjana… ada yg suami macam malaikat, tapi isteri lak wat hal… x dinafikan bukan?

Contoh terdekat… ari ni ari Jumaat… kat umah sy ni pon dah ada buktinya. Isterinya seorang yg bertudung labuh dan memakai niqab (purdah) begitu juga anak2nya yg soleh serta baik2… namun ayahnya? Semayang jumaat pon x pergi akibat dari nk menegjar kekayaan dunia punya pasal… aku hanya mampu melihat dan berdoa agar dia berubah

Dan banyak lagi kes2 lain kalau nk dihimpunkan di sini… so, x kan kita nak mempertikaikan dan membuat kenyataan “ALLAH MENIPU DGN KALAM-NYA !!”

Wal’iyazubiLlah… sesungguhnya apabila ada org yg secara sedar membuat kenyataan demikian, x dinafikan lagi bahawa KEIMANAN dia masih belum sempurna dan ROSAK. Bagaimana mungkin ALLAH itu menipu dgn kata2 NYA ?sedangkan kita patut beriman sepanjang masa bahawa ALLAH itu tidak pernah memungkiri janjinya sesuai dgn asma’ husna NYA yg baik2…

Maka jawapannya cuma satu…

Tidak ada jaminan dan janji bahawa seseorang yg baik itu akan mendapat pasangan yg baik, dan sebaliknya seseorang yg jahat akan mendapat pasangan yg jahat…

Hal ini penting utk difahami dan dimaklumi oleh kita semua kerana seolah2 dah muncul suatu kaedah mudah yg dipakai sesetengah org,

>> ”aku nkkan pasangan yg baik, maka aku mestilah jadi baik terlebih dahulu, nnt KONPEM aku akan dapat pasangan yg baik”

Ataupun…

>> ”aku ni jahat… aku x kan dapat pasangan yg baik…”
ataupun ada gak yg mcm ni …

>> “aku ni dah soleh/ah … (jenis yg perasan)… so, aku x yah risau ar, sbb nanti aku akan dapat pasangan yg baik2 juga…”

dan banyak lagi tanggapan salah berkenaan dgn isu SEKUFU ini…

Kita x berhak utk membuat tafsiran dan tanggapan sedemikian kerana sememangnya tidak ada jaminan khusus daripada ALLAH ttg KESEPADANAN dalam isu pasangan ni… apa yg termampu utk kita lakukan hanyalah satu… MEMANJATKAN DOA kepada NYA agar kita benar2 dikurniakan dgn pasangan yg baik.. soleh dan solehah… agar dpt menjadi peneman setia kita ke akhir hayat … dan andai kata kita masih belum BAIK sepenuhnya, adalah diharapkan nnt , insya-ALLAH… dgn memiliki pasangan yg baik, akan dapat membantu kita utk turut MENJADI BAIK… (ceh ckp mcm dah nk kawen jer ...huhu)

X dinafikan, “usaha sesetengah org utk menjadi baik” adalah suatu usaha yg elok dan perlu diberi pujian… dan sangat2 lah dituntut utk semua UMAT ISLAM… namun apabila wujud niat di sebalik usaha tersebut iaitu smata2 utk mendapatkan “pasangan yg SEKUFU @ baik” itu adalah x berapa wajar… Justeru disarankan, berubahlah ke arah kebaikan kerana ALLAH…(nasihat utk diri aku gak neh)

“Rabbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrata a’yun, waj’alna lil muttaqiina imaama”

amiin…

Segala salah dan silap harap dimaafkan… sesungguhnya ana adalah manusia yg lemah…mmudah-mudahan bermanfaat..

Sekian


No comments: