Umar r.a.amat disegani kerana sifat zuhudnya... Pernah utusan Maharaja Rom terkejut melihat Umar r.a. sedang berbaring melelapkan mata di bawah pohon tamar seorang diri. Perbuatan tersebut amat janggal berlaku di kalangan pemimpin besar yang lain. Hafsah r.a juga pernah dimarahi oleh bapanya, Umar r.a. kerana menyampaikan keputusan para sahabat untuk menaikkan pemberian baitulmal kepada beliau. Para sahabat berasa bersalah melihat Umar r.a. memakai jubah yang bertampal.
Zuhud Umar r.a. tidak menjejaskan pelaksanaan tanggungjawabnya. Suatu hari beliau bersama beberapa sahabat melintasi sekumpulan kambing yang agak banyak bilangannya. Beliau berhenti seketika apabila terlihat budak pengembala kambing itu.
"Wahai anakku, juallah seekor kambing itu kepadaku," kata Umar.
"Aku hanya pengembala, tuan kambing ini tidak ada di sini," jawab budak itu.
"Juallah seekor, Tuan kamu tidak akan tahu," Umar cuba menguji budak itu.
"Fa-aina Allah (kalau begitu, di manakah Allah?)"
jawab budak itu dengan tegas.
Mengikut riwayat, bercucuran air mata Umar mendengar jawapan budak kecil itu.
Sebagai iktibar dari kisah ini, kita hendaklah beringat bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan sentiasa di bawah pengetahuan Allah SWT...
Oleh itu, berhati2lah....
sesungguhnya Allah mempunyai CCTV yang lebih hebat daripada apa yang kita ada sekarang...
Sekian, wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment