Wednesday, December 31, 2008
Mencari Cinta Hakiki
Cinta hakiki adalah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana bersatu dalam hati bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.
Kereta dicipta dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitu jugalah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta kini banyak meruntuhan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.
Hukum cinta perlu dipatuhi agar matlamat penciptaannya tercapai. Cintailah sesiapun asalkan cintaitu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya utuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak cinta kita kepada Allah melebihi kehendak cinta kita kepada yang lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan kepribadian yang mulia. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah, namun bahasa tubuh sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta.
Kebiasaannya cinta yang suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan, itu ertinya cinta nafsu.
Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya dibina atas dasar cinta kepada Allah, jelaslah dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berbeza dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah?Bergantung sepenuhnya kepada Allah adalah sebaik-baiknya pilihan. Tidak ada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambanya yang bersabar.
-petikan dari artikel Remaja & Cinta, Kelab Remaja JIM Johor
Belief In One God
Belief in One God
Belief in One God is the core of Islam.
Mere acceptance that God exists does not make one a Believer.
A Believer accepts God in the way God describes Himself.
The only correct description of God is found in The Noble Quran which contains the exact Words of God.
In The Noble Quran, God uses the personal name of Allah.
The Arabic name “Allah” is gender-free and has no plural.
“There is no other God to be worshipped except Allah” is the most important part of the Muslim’s belief in One God.
Allah is the One and only, independent of all things, has no child or parents and nothing is comparable to Him.
Allah has no partners or associates.
Worshipping Prophets, saints and gods created by men is completely against the concept of belief in One God Who alone deserves all worship.
Allah The Almighty gives the sternest warning in The Noble Quran to those who set up associates with Him.
This is the only sin He will not forgive and Hell is the only place for these persons in the Hereafter.
The Almighty cannot be grasped by the human senses.
Those who depict God as human, semi-human or animal in statues and drawings are committing a major sin.
Belief in One God is belief in The Unseen Creator.
Unlike created things which have a beginning and an end, God existed before the beginning and will remain after the end.
Belief in One God is the belief that God is eternal.
God can create anything out of nothing. For a thing
Erti SeJaRaH
Orang cerdik pandai selalu berkata, sejarah adalah guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah adalah kebijaksanaan silam yang boleh dimanfaatkan untuk menongkah masa depan. Andaian yang mengatakan sejarah tidak relevan dengan masa kini dan akan dating adalah disebabkan persepsi sempit terhadap sejarah. Andaian ini tercetus apabila sejarah difahami sebagai himpunan tarikh-tarikh dan peristiwa-peristiwa luput yang terpisah dengan reality sosio-budaya dan politik semasa.
Kerana tidak memahami sejarah juga misalnya, ada sesetengah pihak menafikan banyak perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kewujudan Perlembagaan Persekutuan itu satu sejarah besar Negara ini. Malah kerana tidak menghayati sejarah juga membuatkan sesetengah pihak menanggapi sesuatu isu yang melibatkan kaum terkeluar daripada kerangka sejarahnya. Mereka tidak melihat sejarah sebagai asas untuk memberi dan menerima dalam sesuatu perkara. Maka asas perpaduan di Negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah memahami, menghayati dan memanfaatkan sejarah.
Dalam konteks ini langkah Kementerian Pelajaran menimbang untuk menjadikan sejarah sebagai satu subjek khusus adalah suatu yang proaktif. Pengumuman menterinya, Datuk Seri Hishammuddin untuk memberikan penekanan subjek sejarah di peringkat sekolah rendah dilihat satu anjakan besar untuk melahirkan generasi yang tahu menghormati dan menghayati sejarah Negara.
Ketika ini subjek sejarah agak terpinggir disebabkan tidak menjadi subjek khusus. Malah di peringkat sekolah rendah, sejarah hanya diperkenalkan pada tahun empat. Sementara di peringkat menengah pula pendekatan pembelajaran sejarah kelihatan tidak dinamik, masih dengan pendekatan menghafal tarikh-tarikh dan peristiwa tertentu kecuali di peringkat tingkatan enam.
Banyak tanggapan sebelum ini bahawa subjek sejarah gagal menarik minat pelajar berbanding subjek lain. Tanggapan ini barangkali ada benarnya kalau pendekatan tidak diubah supaya lebih interaktif dan mengesan wujudnya elemen-elemen dinamik daripada sejarah. Sekarang ini seorang pelajar boleh memilih sama ada belajar bersungguh-sungguh atau sambil lewa terhadap subjek sejarah. Ini kerana subjek ini tidak memberikan apa-apa kesan terhadap keputusan dalam peperiksaan khususnya di peringkat menengah.
Kita harus mengakui bahawa sejarah sesebuah Negara adalah akar tunjang sesuatu bangsa. Kerana itu subjek sejarah sememangnya kunci perpaduan dan persefahaman antara kaum di Negara ini. Tetapi agak malang apabila tidak ada pihak yang bangkit dan membetulkan pendekatan pengajaran sejarah supaya tidak dianggap sebagai “melihat kembali benda-benda mati”.
Dengan anjakan besar yang dibayangkan oleh Dato’Hishammuddin, banyak sejarah kegemilangan silam serta peninggalan khazanah intelektual orang-orang Melayu akan ditampilkan kepada generasi muda masa kini. Pengajaran subjek sejarah mesti bermula di peringkat awal yakni di sekolah rendah. Semua ini bertujuan mengubah persepsi bahawa sejarah bukan belajar tentang “benda-benda mati” atau menghafal tarikh-tarikh yang tidak relevan dengan keperluan semasa.
Mempelajari subjek sejarah adalah menyelongkar atau menyelusuri lapis demi lapis kebijaksanaan silam. Kegagalan mengenal sejarah yang berkaitan dengan Negara sendiri akan melunturkan kecintaan kepada tanah air. Definisi subjek sejarah bukan sahaja mengingati beberapa tarikh penting, peristiwa tertentu malah tokoh-tokoh yang bertanggungjawab melakukan anjakan pemikiran kepada bangsanya pada zaman lampau.
Sejarah mengenai orang Melayu dan dunia Melayu bukanlah sekadar kebangkitan dan kejatuhan empayar Srivijaya, Majapahit, Sumatera-Pasai, Melaka atau Johor-Riau. Sejarah Melayu juga mengenai sumbangan para intelektual silam yang terus relevan hingga kini.
Maka persepsi tentang pembelajaran dan pengajaran subjek sejarah boleh diatasi sekiranya kita kembali menoleh sumbangan intelektual tokoh-tokoh seperti Munshi Abdullah yang menulis Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah pada zaman Stamford Raffles. Jangan lupa, Munshi Abdullah pernah dianggap oleh sesetengah orang Melayu sebagai “Budak Raffles” kerana mengkritik sikap sesetengah orang Melayu. Munshi Abdullah dianggap pengkhianat Melayu kerana kritikannya yang tajam itu.
Tetapi sejarah juga membuktikan Munshi Abdullah bukan pengkhianat apabila intelektual Melayu selepasnya daripada kalangan nasionalis menulis perkara yang sama mengenai masalah orang Melayu.
Dalam konteks yang lebih luas, subjek sejarah perlu bebas daripada kepungan politik yang sempit. Ini merugikan kerana disebabkan berbeza fahaman politik, sesetengah tokoh dalam sejarah bangsa dipadamkan dari senarai khususnya setiap kali ulang tahun kemerdekaan Negara.
Kementerian Pelajaran mesti mempertahankan langkah menjadikan sejarah sebagai subjek khusus di peringkat rendah dan menengah. Kita tidak mahu ada kalangan generasi muda yang lebih kenal sejarah Negara lain daripada tanah air bertuah tempat mereka berteduh ini. Golongan bukan Melayu khususnya mesti diperjelaskan bahawa mengkaji sejarah Negara ini tidak boleh dipisahkan daripada melibatkan sejarah orang Melayu. Sejarah Negara adalah sejarah Melayu yang bersifat kebangsaan yakni meliputi semua kaum. Ini sama dengan perjuangan kemerdekaan yang digerakkan oleh nasionalis Melayu tetapi ini perjuangan kebangsaan untuk semua kaum. Sejarah Negara ini tidak boleh dipisahkan daripada tiga perkara iaitu orang Melayu, institusi Raja-raja Melayu dan agama Islam.
Kalau kembali kepada sejarah, sudah tentu tidak wujud prasangka antara kaum di Negara ini kerana sejarah telah menggariskan hak masing-masing tanpa berkorban apa-apa atau mengambil apa-apa daripada orang lain. Apabila mereka tahu sejarah asal usul masing-masing, tidak timbul lagi sekian banyak tuntutan yang tidak masuk akal.
Wednesday, October 8, 2008
iBaraT pOhoN taK beRbuaH
Sudah agak lama saya meninggalkan halaman blog ini...
dan akhirnya ada sedikit kesempatan buat saya menulis dan berkongsi info dengan tetamu zirah semua...
di sini saya bawakan satu permasalahan yang sering berlaku di kalangan kita terutamanya umat Islam berkaityan dengan imu dan amal...Insyaallah, sama-sama kita membaca dan meneliti...
S:Apakah hukumnya seseorang yang mengetahui ilmu dunia dan akhirat tetapi tidak mengamalkannya, sebaliknya mereka hanya sibuk mengajar sahaja?
J:Dalam hal ini Allah pernah berfirman yang bermaksud;"Apakah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri,apakah kamu tidak berfikir?" (al-Baqarah:44)
Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud;"Besarlah dosa kamu di sisi Allah kerana kamu mengatakan apa yang kamu tidak berbuat." (as-Sof:3)
Sabda Rasulullah SAW pula bermaksud;"Paling dahsyat seksa terhadap manusia ialah seorang individu yang berilmu tetapi Allah tidak menilai ilmunya itu."(Riwayat Tabrani)
Pepatah Arab ada mengatakan bahawa ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.
Berdasarkan hujah di atas dapatlah dihukumkan bahawa orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya itu sebagai salah satu kerugian yang amat besar dan perbuatan yang sia-sia. Sewajarnya umat Islam lebih banyak berbuat kebaikan daripada banyak bercakap. Sekurang-kurangnya buat amal dahulu dan istiqamah, kemudian baru ajak orang lain untuk melaksanakan amal yang kita lakukan.
Sungguhpun begitu, ilmu yang dimaksudkan bukanlah semua ilmu. Ilmu fardu ain memang semua orang Islam wajib buat namun ilmu fardu kifayah tidak begitu.Imu fardu kifayah mesti ada yang mengajar dan ada pula yang melaksanakannya. Orang yang mengajar tidak semestinya melakukan kerja tersebut. Untuk mudah difahami saya bawakan satu contoh, seorang guru pakar ekonomi Islam yang mengajar peniaga dan pengusaha bumiputera tentang cara pengurusan bisnes dalam IslamGuru tersebut tidak semestinya turut menjadi pengurus perniagaan namun peniaga dan pengusaha itu pula di samping ada ilmu pengurusan wajib pula mengurus berdasarkan ilmunya. Begitulah kaedah ilmu Islam yang sepatutnya umat Islam tahu dan amalkannya.
Wassalam...........
Wednesday, August 6, 2008
PKR vs BN : Permatang Pauh menjadi rebutan
buat tetamu ziarah hari ini...
isu yang nak dilontarkan mungkin isu yang sudah sekian lama
menjadi bualan hangat dan meniti bibir setiap warga Malaysia...
barangkali ia juga menjadi tumpuan masyarakat dunia...
isu Dato Seri Anwar kembali ke dalam arena politik Malaysia....
adakah isu tuduhan liwat ke atas beliau mampu menggugat kredibiliti beliau sebagai salah seorang politikus paling kontroversi di negara kita....
dan mampukah calon BN, saudara Dato Abdul Jalil merampas Permatang Pauh daripada PKR yang sudah lama bertapak di sana.....
harapan buat semua pengundi di Permatang Pauh dalam sesi pilihan raya kecil kali ini lebih berfikiran matang dan rasional ....
moga calon yang dipilih bukan sahaja mampu menggalas mandat yang telah diberikan oleh rakya, malah mampu membawa arus perubahan di Permatang Pauh secara khususnya....
wassslam...
Tuesday, August 5, 2008
Teori FAISAL
Salamualaikum.....& salam mesra buat tetamu ziarah...
Alhamdulillah...
hasil kerahan idea dan ketekunan berfikir, maka di sini saya ingin berkongsi sebuah teori ( kalau boleh dianggap sebagai teori) yang boleh sama-sama diskusi, implimentasi dan uji keberkesanannya....
Teori FAISAL adalah berdasarkan akronim F.A.I.S.A.L. sepertimana berikut :
F - Fikir positif
A- Amal tabiat baik
I- Istiqamah dengan amal baik
S- Sasaran...Tetapkan sasaran kita yang mahu dicapai di dunia mahupun syurga di akhirat nanti
A- Amanah...Ingat amahah kita sebagai seorang khalifah, hamba, anak, pelajar, pekerja dsb
L- Luaskan pengetahuan...amalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat & budaya ilmu dalam kehidupan
Sebenarnya teori ini (sekiranya ia sesuai untuk dianggap sebagai teori) amat relevan untuk diadaptasi di dalam kehidupan. Apapun sebagai tazkirah diri, perlu juga dinyatakan secara tegas di sini betapa tujuan dakwah bukanlah untuk mempopularkan diri, tetapi sebaliknya tujuan dakwah adalah untuk mempopularkan ALLAH SWT, menjadikan Rasulullah sebagai Diva (Qudwah), pengajian agama sebagai Akademika Fantastika dan memastikan ajaran agama sebagai syllabus kehidupan.
penerangan mengenai teori ini akan diteruskan dalam lembaran yang akan datang nanti...
wassalam,...
Friday, August 1, 2008
SMS je.......
Assalamualaikum,
Dalam keghairahan mengejar perkahwinan yang disyariatkan, ramai yang terpedaya dgn dosa2 yg terkabur di sepanjang menuju ke gerbang perkahwinan. Semuanya menjadi halal dgn tiket mahu berkenal2an dan mencari keserasian dgn pasangan. Tambahan pula bila ia seolah2 di ‘islamik’ kan.
Cth: “sms je.. lagipun lepas sms cik abang bg tazkirah, calling2 je, lagipun lepas call boleh saling mengingatkan utk berdo’a utk satu sama lain, hari ni solat jamaah di masjid, kita jumpa lepas solat sekejap, bla bla bla”
Lupakah mereka bahawa Allah tak cakap jangan berzina, tapi jangan HAMPIRI zina. Lupakah mereka bahawa syaitan tidak terus menggoda dgn dosa besar tapi dimulakan dulu dgn dosa2 kecil yang diremeh-temehkan, even pemujaan berhala juga sejarahnya dimulai dgn penghormatan dan pengingatan yang melampau kepada org2 soleh.
Dan siapa yang dapat menjamin bahawa pasangan kita itu adalah jodoh kita, walaupun sudah mengikat tali pertunangan, walaupun akan diijab kabul esok hari, perkara yang halal selepas nikah tetap hanya halal selepas nikah. Tidak pernah syariah menghalalkannya walaupun beberapa jam sebelum nikah. kerana yang pastinya mati itu pasti dan tidak diketahui bila masanya dan seandainya mati yang mendahului nikah itu, alangkah malangnya kalau tidak sempat bertaubat.
Beratnya utk memperkatakan tentang ini kerana diri sendiri juga menanggung beban fitnah yang boleh datang bila2 masa ini. Ditambah lagi dgn desakan2 persekitaran yang menyuruh utk mencari. Hmm.. bagaimanakah utk saya jelaskan pada mereka, sementelah dosa2 yang diremehkan ini telah membudaya. Wahai sahabat, pesanan ini bukan berbentuk satu hala shj (dari saya kepada sahabat semua), tapi sbg permintaan juga utk mengingatkan diri saya seandainya saya terlupa.
Tuesday, July 22, 2008
Couple: Antara Pro & Kontra
Antara perkara yang ber"manfaat" daripada
ber'couple' ;
1) Seronok (dapat fitnah)...
2) Seronok (dapat dosa)...
3) Seronok (dapat geng dengan syaitan)...
4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan
ada)...
5) banyak habis duit (lebih baik guna untuk bersedekah)...tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung setiap bulan...
6) Banyak risau (takut awek orang lain kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)...
7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dengan awek...kita sebagai
muslim patutnya banyak mengingati MATI yang boleh datang pada bila-bila masa)...
Lebih mengutamakan awek daripada orang lain (hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia sahaja....yang lain dah tak kisah.)...
9) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...
10) Lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada saham PAHALA...
Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/kajian ana terdapat beberapa sebab yang menjadi PENDORONG
mengapa ber'couple' terjadi ;
1) banyak sekolah/pusat pengajian campur.Perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal p'campuran ini supaya tidak bercanggah dengan syarak...
2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu lah dalil mana dia guna)
mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas-batas syarak (Nauzubillah !)...
pada pendapat mereka, keluar dating di khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi, tak
pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... So tak apa lah dosa pun sikit
saja. Nanti dah kahwin settle dan taubat lah.
Ana bab ini yang payah nak jawab...ada saja alasan dia
orang untuk melepaskan diri. orang kata kalau dah nak buat tu memang macam-macam helah. Kita nasihat agaknya sini dia corner agaknya lain. Banyakkan bersabar dan teruskan usaha kita insya-Allah lama2 dia akan sedar...
3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan
perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve. Hasil daripada pentarbiyahan Islam yang tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner...maka terjadinya perhubungan(kawan-kawan) sebelum ada ikatan yang sah,
dan ada setengah ibubapa dengan selamba kata,"Tak apa lah dia orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior lah". Betul juga kata ibubapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu lah menilai yang baik dan yang buruk...tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan...
4) bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak
dijaga seperti cara bergaul, bercakap, dan sbgnya. Ini m'buka ruang pada lelaki2 untuk memulakan
projek mereka.
Tak percaya cuba pergi lepak (tujuan untuk mengambil iktibar) kat KL... Ada yang elok tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai
cubit2 dan pukul2 pula tu. Lelaki apa lagi...ada chance ini...
5) Ramai perempuan semakin berani....berani menghadapi cabaran untuk jadi setanding dengan
lelaki maka mereka pun goda lah lelaki so dapat banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat
Bunga yang banyak dapat awek...
6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau tak ada awek maka macam ada satu kekosongan dalam jiwa...lebih2 lagi kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling m'pengaruhi suasana...
7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dalam bab meng'ayat' awek...lelaki ni
biasa lah EGO..... ego tak kena tempat...
Haaaaa..... ni paling memalukan kaum lelaki.... lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik
semangat untuk kacau awek. Mula2 perasan yang awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul-betul... ye lah dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat', awek tu pun
accept lah mat tu.
Ada juga awek yang manja sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan
yang awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka dianjurkan pada kaum Hawa agar
tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yang tak kena. Pada kaum Adam pula, jangan lah perasan cepat sangat....
9) Ada kaitan dengan fakta ke 8.... perempuan cepat sangat kasihan bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia. Tolong itu, tolong ini... Bila lelaki yang dok tolong tu 'ayat' sikit saja dengan mudah perempuan tersebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut...yang lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yang jadi macam tu...
10) Fakta yang kesepuluh ini cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka
cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk untuk kenal antara satu sama lain dan memahami
satu sama lain....ngam ke tak ngam sebelum berjanji untuk sehidup semati...
Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara. yang haram akan tetap haram,
sebagaimana hadith Rasullullah...
Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(ra): Sabda Rasulullah(SAW) ;
"Sesungguhya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata...dan di antara keduanya ada
kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari segala kesamaran, maka ia memuliakan agama dan kehormatan bagi dirnya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, maka jatuhlah ia seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan..." (Mutafaq 'alaih)
Sekian...
Saturday, July 19, 2008
InSaN
PreJuDiS
Sunday, July 13, 2008
Ada Jodoh Tak Ke Mana
Alhamdulillah, bersua kita kembali dalam lembaran kali ini...
Manusia tidak dapat memilih siapa yang patut jadi ibu dan bapanya. Tetapi manusia masih ada ruang dan peluang untuk memilih siapa bakal pasangan hidupnya. Jika tidak boleh memilih, masakan ada pedoman agama dalam hal-hal yang harus dititik beratkan ketika pemilihan jodoh?
Nabi SAW sendiri ada memberitahu kriteria atau petua dalam pemilihan pasangan hidup? Antara lain Nabi SAW bersabda: “Wanita itu dikahwini kerana dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan keagamaannya. Hendaklah kamu pilih yang kuat agamanya, tentu akan menenangkan kedua tanganmu.” – Riwayat Bukhari Muslim dan lain-lain.
Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir ketentuan Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan iktiar. Masakan dapat sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya. Pemilihan bakal suami bagi seorang wanita adalah lebih kritikal sebenarnya.
Jika tersilap pilih kerana terikutkan runtunan emosi semata-mata hingga melupakan pedoman syarak maka boleh membawa padah. Dibimbangi nanti pilihan suami tidak menyambung ke landasan utama jalan menuju syurga. Sebabnya suami sebenarnya ibarat ibusawat penghubung talian taat seorang isteri kepada Allah. Ia juga menjadi laluan turun cinta dan redha Allah SWT kepadanya.
Begitu juga bagi lelaki. Jika tersilap pilih calon isteri maka besar juga risikonya. Ini disebabkan dia dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memimpin seisi keluarga meniti jalan ke syurga. Kesefahaman dan kerjasama penuh daripada isterinya amat diperlukan untuk menjayakan tanggungjawab besar yang dipikulnya. Jika suami gagal mendidik dan memimpin keluarga, bukan sahaja anak isteri yang terhumban ke dalam neraka, bahkan dirinya sekali terikut sama.
Di dalam Islam, wanita ada hak untuk memilih bakal suaminya. Tanggapan bahawa wanita tiada hak memilih bakal suaminya adalah salah. Dalam hal ini Abu Hurairah ra pernah mendengar Nabi SAW bersabda:”Seorang wanita janda tidak boleh dinikahkan sebelum ia diminta pertimbangan dan seorang gadis perawan tidak boleh dinikahkan sebelum ia diminta persetujuan.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.
Di dalam sejarah ada banyak kisah wanita mempertahankan hak memilih suami. Antaranya ialah kisah Khansa binti Khidam yang mengadu kepada Rasulullah SAW mahu dikahwinkan oleh bapanya, pada hal dia tidak suka. Rasulullah SAW telah menolak keinginan bapa Khansa. (Riwayat Bukhari).
Dalam satu kisah lain yang diriwayatkan Bukhari, seorang bekas hamba bernama Barirah mempertahankan haknya tidak mahu berkahwin dengan Mughis meski pun disokong oleh Nabi SAW. Apabila ditanya oleh Nabi SAW, Barirah bertanya kembali: “Wahai Rasulullah, apakah ini perintah buatku?” Nabi SAW menjawab: “Aku sekadar memberi syafaat.” Lantas mendengarnya, Barirah menolak peminangan Mughis dan Rasulullah SAW menerima keputusannya.
Malah ada berlaku dalam sejarah kisah wanita yang memilih lelaki (Rasulullah SAW) dan menawarkan diri untuk jadi isteri kepada baginda. Apabila wanita itu melihat Rasulullah SAW tidak memutuskan sesuatu terhadap tawarannya itu, lantas dia duduk - (Riwayat Bukhari Muslim). Diamnya Nabi SAW bererti tindakan wanita itu tidak dihalang. Begitu juga dengan wahyu yang masih turun waktu itu.
Bahkan ada diterangkan di dalam kitab fekah; apabila pilihan wanita tidak mahu diterima oleh walinya maka ketika itu berpindahlah hak kewalian Wali Mujbir kepada Wali Hakim. Asalkan pilihannya itu benar berlandaskan pedoman syariat (di mana calon suami kufu seimbang agama dan mampu mengadakan mahar) maka bapanya perlu menurutinya.
Jika dalam keadaan bapanya engkar maka gugurlah hak si bapa mewalikan anaknya. Menyedari tuntutan dan taruhan nikah dalam kehidupan maka sayugialah wanita menggunakan sebijak-bijaknya hak untuk memilih pasangan hidupnya.
Jangan ambil mudah dan terburu nafsu membuat pilihan. Lebih-lebih lagi jangan membuat keputusan berdasarkan desakan persaingan atau bimbangkan apa orang lain kata. Maka seharusnya terlebih dahulu mencari jalan untuk memastikan bahawa bakal suami faham peranan dan tanggungjawabnya serta berpotensi menuntun ahli keluarganya ke syurga.
Setelah merasa aman dan percaya terhadap pegangan agama dan hati budi calon suami maka terimalah pinangannya. Sehubungan ini Nabi SAW ada bersabda: “Apabila telah datang meminang lelaki yang dipercayai agamanya dan kejujurannya (amanah); maka terimalah pinangannya. Sebab jika pinangannya ditolak maka tunggulah terjadinya fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” – Riwayat Tirmizi
Friday, July 11, 2008
born islam VS practising islam
Alhamdulillah...bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah menganugerahkan nikmat Islam & Iman buat kita yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam...
Namun....jika dibandingkan amal soleh kita pada hari ini...adakah lebih baik daripada mereka yang asalnya bukan beragama Islam namun kemudian memilih Islam sebagai agama & cara hidup mereka .....??
Oleh itu, sama-sama kita renungkan...& luangkan sedikit masa untuk kita bermuhasabah diri tentang amal soleh kita yang akan menjadi bekal di hari kemudian yakni hari akhirat..
Sesungguhnya tiada kehidupan yang lebih penting & abadi melainkan kehidupan selepas mati...
Ingatlah...bahawa dunia ini hanyalah tempat tumpangan buat sementara....akhirat jualah tempat yang kekal buat selama-lamanya....
Wassalam...
Wednesday, July 9, 2008
From Christian to Islam
Assalamualaikum Semua....
Pengalaman Hidup Seorang Paderi dari Kristian ke Islam
Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah.
*Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.*
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Iktibar Buat
Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang
akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.
Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang
belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah Kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling
berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.
SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamatpengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki
tunggal dalam keluarga.
Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah
Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung
Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan
dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.
Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi
paderi. Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?"
Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa.
Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya."
Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai
dosa. Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh
Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."
Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa.
Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata,"Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba
kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".
Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." Saya bertanya kembali, "Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)."
Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.
Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?"
Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama."
Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian."
Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?"
Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.
Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk
Kristian mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan
paderi
iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti
kudus)
iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci
v. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus
layak menerima krisma
vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam
(Paderi tidak menerima ekaristi ini)
Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas
seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja Kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang
turun setiap malam.
Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada
saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan.
Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; Apabila pergi ke gereja beliau akan
diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa.
Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.
Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir.
Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan membongkar rahsia
ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah
memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?.
Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan.
Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti
yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan.
Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam.
Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah
(bersih).
Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua mubaligh Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.
Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut
mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi (perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari."
Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya.
Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia
masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh
saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya.
Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitabtersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak
boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan dialmari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua
paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu.
Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung
ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa
aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?
*Turunnya hidayah*
Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah
tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang
lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh,
ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu
tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya kepadanya, "Negeri apakah ini?"
Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w."
Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak
berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya
langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)."
Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya
tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya
dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah
selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan,
Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah."
Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam."
Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam."
Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.
Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.
*Kekuatan diri*
Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan
dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.
Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus."
Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah,
agama yang betul adalah Islam."
Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam."
Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam!
Tidak mengapa!"
Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya
melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini. Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.
*Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar *
Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun
1995.
Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan
juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.
Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani.
Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap dating walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah.
Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).
Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan
hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.
Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya
terlalu mewah diSabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?"
Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi
ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat.
Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik
berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja
di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi.
Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak
perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.
Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini
berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya
memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang
tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya.
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam. Walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengetahui saya telah memeluk Islam.
*Masalah Kelemahan Pendakwah Islam *
Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali.
Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian.
Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian
al-Quran dan Hadis.
Dia mengatakan pada saya; "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud;
Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara. Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran,
terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu."
Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu
tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran."
Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan
angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.
Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya,
"Apakah angan-angan kosong itu?"
Saya katakan, "Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam.
Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya
bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?
*Siapa sasaran Kristian*
Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak
mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka
ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.
*Apa ikhtiar kita? *
Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib.
Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke?
Tolong buang benda yang ada di dalam tudung kamu itu".
Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan
padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya
penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.
*Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat*
'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'
Tuesday, July 8, 2008
Di Mana Allah?
Zuhud Umar r.a. tidak menjejaskan pelaksanaan tanggungjawabnya. Suatu hari beliau bersama beberapa sahabat melintasi sekumpulan kambing yang agak banyak bilangannya. Beliau berhenti seketika apabila terlihat budak pengembala kambing itu.
"Wahai anakku, juallah seekor kambing itu kepadaku," kata Umar.
"Aku hanya pengembala, tuan kambing ini tidak ada di sini," jawab budak itu.
"Juallah seekor, Tuan kamu tidak akan tahu," Umar cuba menguji budak itu.
"Fa-aina Allah (kalau begitu, di manakah Allah?)"
jawab budak itu dengan tegas.
Mengikut riwayat, bercucuran air mata Umar mendengar jawapan budak kecil itu.
Sebagai iktibar dari kisah ini, kita hendaklah beringat bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan sentiasa di bawah pengetahuan Allah SWT...
Oleh itu, berhati2lah....
sesungguhnya Allah mempunyai CCTV yang lebih hebat daripada apa yang kita ada sekarang...
Sekian, wassalam...