Teori FAISAL: Petua Kejayaan dan Kebahagiaan Duniawi & Ukhraw
Salamualaikum.....& salam mesra buat tetamu ziarah...
Alhamdulillah...
hasil kerahan idea dan ketekunan berfikir, maka di sini saya ingin berkongsi sebuah teori ( kalau boleh dianggap sebagai teori) yang boleh sama-sama diskusi, implimentasi dan uji keberkesanannya....
Teori FAISAL adalah berdasarkan akronim F.A.I.S.A.L. sepertimana berikut :
F - Fikir positif
A- Amal tabiat baik
I- Istiqamah dengan amal baik
S- Sasaran...Tetapkan sasaran kita yang mahu dicapai di dunia mahupun syurga di akhirat nanti
A- Amanah...Ingat amahah kita sebagai seorang khalifah, hamba, anak, pelajar, pekerja dsb
L- Luaskan pengetahuan...amalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat & budaya ilmu dalam kehidupan
Sebenarnya teori ini (sekiranya ia sesuai untuk dianggap sebagai teori) amat relevan untuk diadaptasi di dalam kehidupan. Apapun sebagai tazkirah diri, perlu juga dinyatakan secara tegas di sini betapa tujuan dakwah bukanlah untuk mempopularkan diri, tetapi sebaliknya tujuan dakwah adalah untuk mempopularkan ALLAH SWT, menjadikan Rasulullah sebagai Diva (Qudwah), pengajian agama sebagai Akademika Fantastika dan memastikan ajaran agama sebagai syllabus kehidupan.
penerangan mengenai teori ini akan diteruskan dalam lembaran yang akan datang nanti...
wassalam,...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sesungguhnya teori FAISAL adalah teori yang mencerminkan keperibadian FAISAL itu sendiri. Teori FAISAL dicipta untuk memandu dirinya dalam hidup ini. Sebagai teman rapat yang amat mengenali FAISAL, penulis merasakan teori ini amat relevan dan bernas. Kepada saudara FAISAL, teruskan bait-bait kritismu...teruskan percambahan ideamu..moga beroleh keberkatan di atas usaha murnimu itu.
Post a Comment