Salamualaikum dan salam Aidilfitri buat tetamu ziarah yang budiman...
Sudah agak lama saya meninggalkan halaman blog ini...
dan akhirnya ada sedikit kesempatan buat saya menulis dan berkongsi info dengan tetamu zirah semua...
di sini saya bawakan satu permasalahan yang sering berlaku di kalangan kita terutamanya umat Islam berkaityan dengan imu dan amal...Insyaallah, sama-sama kita membaca dan meneliti...
S:Apakah hukumnya seseorang yang mengetahui ilmu dunia dan akhirat tetapi tidak mengamalkannya, sebaliknya mereka hanya sibuk mengajar sahaja?
J:Dalam hal ini Allah pernah berfirman yang bermaksud;"Apakah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri,apakah kamu tidak berfikir?" (al-Baqarah:44)
Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud;"Besarlah dosa kamu di sisi Allah kerana kamu mengatakan apa yang kamu tidak berbuat." (as-Sof:3)
Sabda Rasulullah SAW pula bermaksud;"Paling dahsyat seksa terhadap manusia ialah seorang individu yang berilmu tetapi Allah tidak menilai ilmunya itu."(Riwayat Tabrani)
Pepatah Arab ada mengatakan bahawa ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.
Berdasarkan hujah di atas dapatlah dihukumkan bahawa orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya itu sebagai salah satu kerugian yang amat besar dan perbuatan yang sia-sia. Sewajarnya umat Islam lebih banyak berbuat kebaikan daripada banyak bercakap. Sekurang-kurangnya buat amal dahulu dan istiqamah, kemudian baru ajak orang lain untuk melaksanakan amal yang kita lakukan.
Sungguhpun begitu, ilmu yang dimaksudkan bukanlah semua ilmu. Ilmu fardu ain memang semua orang Islam wajib buat namun ilmu fardu kifayah tidak begitu.Imu fardu kifayah mesti ada yang mengajar dan ada pula yang melaksanakannya. Orang yang mengajar tidak semestinya melakukan kerja tersebut. Untuk mudah difahami saya bawakan satu contoh, seorang guru pakar ekonomi Islam yang mengajar peniaga dan pengusaha bumiputera tentang cara pengurusan bisnes dalam IslamGuru tersebut tidak semestinya turut menjadi pengurus perniagaan namun peniaga dan pengusaha itu pula di samping ada ilmu pengurusan wajib pula mengurus berdasarkan ilmunya. Begitulah kaedah ilmu Islam yang sepatutnya umat Islam tahu dan amalkannya.
Wassalam...........
Wednesday, October 8, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)